Innalilahi, Khabar Duka Suami Tikam Isteri Hingga Maut Akibat Cemburu Hari Ini. Al Fatihah
Suami tik@m isteri hingga m@ut akibat cemburu
ARAU - Seorang pesara tentera menyerah diri di pondok pengawal Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Perlis selepas menikam isterinya hingga maut dipercayai akibat cemburu di sebuah rumah di Jalan Padang Nyu, di sini pada pagi Sabtu.
M@ngsa berusia 31 tahun merupakan seorang jururawat Hospital Tuanku Fauziah (HTF), Kangar meninggal dunia selepas ditik@m dalam kejadian kira-kira jam 6 pagi.
Menurut Ketua Polis Daerah Arau, Superintenden Ahmad Mohsin Md Rodi, suspek berusia 38 tahun dipercayai mengesyaki isterinya itu telah berlaku curang dan dipercayai bergaduh dengan m@ngsa di ruang tamu rumah semasa m@ngsa mahu keluar bekerja.
"Polis mengesyaki pergaduhan berlaku semasa m@ngsa ingin keluar bekerja kira-kira jam 6 pagi.
"Semasa pergaduhan berlaku, suspek telah menik@m m@ngsa dengan sebilah pisau di bahagian dada sebelah kiri," katanya pada sidang akhbar dekat sini pada Sabtu.
Jelas Ahmad Mohsin, suspek kemudiannya telah memindahkan m@ngsa yang tidak sedarkan diri ke dalam bilik tidur rumah tersebut.
Menurutnya, lelaki itu juga menghantar dua anak mereka masing-masing berusia lapan dan 10 tahun ke rumah pengasuh sebelum menyerahkan diri di pondok pengawal IPK Perlis pada jam 10 pagi pada Sabtu.
"Selepas suspek menyerah diri, polis melakukan siasatan ke atas rumah dan menemui m@ngsa yang ditutup dengan selimut tebal di dalam bilik tidur utama.
"Siasatan turut menemui satu kesan tik@man pada bahagian dada kiri m@ngsa sedalam kira-kira dua sentimeter.
"M@yat m@ngsa dibawa ke Hospital Sultanah Bahiyah (HSB), Alor Setar, Kedah untuk bedah siasat," ujar Ahmad Mohsin.
Tambahnya, hasil pemeriksaan ke atas suspek juga didapati positif dadah dan ditahan untuk siasatan lanjut di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan.
"Permohonan reman ke atas suspek pula akan dibuat di Kompleks Mahkamah Kangar esok (pada Ahad)," kata beliau.
#sinarharian